Thursday, August 13, 2015

Current issue here

Bismillah. 
Suddenly i wanna have a say in this matter. I might have written about this before but i'm not quite sure. 

You don't have to wear a niqab to look 'good', to make you look like you're pious. No. You don't need to. 

And wearing it also doesnt mean that they are pious. No. It is our society's mentality to think that every girl wearing it is pious. Nope. 

I met some. I knew some. And I loved them. Their personality is what I mean. 

Remember, everyone you meet is fighting a hard battle. So dont judge them. 

Ada kawan ni dia post kat wechat dia pasal org duduk bash perempuan niqab banyak selfie di media sosial. Dan dia sebagai niqabis sedikit terkesan dengan perkara tersebut walaupun dia tidak expose gambarnya di media sosial. Katanya, masing2 ada struggle masing2. Kita tidak berhak menghukum. 

Oke. Boleh take note pesanannya okei :)

P/s: bagi aku lah, aku sgt hormat dgn mereka yang menjaga segala benda remeh ni. Ingat senang? Tidak... Susah sebenarnya nak tahan diri daripada upload gambar. Lebih-lebih lg zaman telnologi sekarang ni. Aku takde la nak ckp upload gi ni haram, aku pun tak padti sebenarnya. Tapi lebih baik menjaga ye dok? Aku suka kaitkan perkara ini dengan pengertian takwa. Banyak maksud takwa yang kita boleh petik drpd dalam Quran. 

Maksud Firman Allah : "(Orang yang bertakwa itu) Mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib, mendirikan solat dan membelanjakan sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepada mereka. Mereka beriman kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepada engkau (Muhammad) dan kitab-kitab yang terdahulu sebelum engkau serta yakin akan hari akhirat. Mereka itulah yang mendapat hidayah Allah dan beroleh kejayaan." (Surah Al-Baqarah, Ayat 3-5) 

Dan aku terkesan juga dengan ayat2 ini..
 
Abu Darda' berkata : "Kesempurnaan taqwa, hendaklah seorang hamba takut kepada Allah s.w.t, meskipun kerana sesuatu perbuatan yang hanya sebesar biji sawi, dan dia meninggalkan sebahagian yang dilihatnya halal kerana khuatir hal itu haram, sehingga akhirnya menjadi penghalang antara dirinya dan hal yang haram".

Serta yang ini,

"Takwa itu adalah umpama kamu sedang melalui satu jalan yang penuh duri, maka kamu akan berhati2 dalam melaluinya agar tidak tertusuk duri dan tercedera". 

Secara konklusinya, takwa bagi ku bukan perkara mudah. Perlu sentiasa berhati-hati dalam apa jua perkara. Be it nak bercakap apakah diamalkan nanti, berjanji apakah mampu ditunaikan nanti, pakaian dan aurat, suara, ikhtilat, husnul khuluq dan mcm2 lg.. 

-------------------------------------

Dan aku pun ada sedikit terkesan dengan satu perkara yg berlaku baru-baru ini. 

Taknak cerita panjang cuma nak ambil ibrah je. 

Lepas ni, nak cakap apa pun... Mesti tahu sumber kesahihannya. Dan mesti cakap apa yang ada dalam bidang kita. Elakkan berbicara secara lebih-lebih apa yang kita kurang pasti. 

Kerana kesannya amat besar. Bukan utk diri kita je. Tp untuk imej yg kita bawa sebagai seorang Islam ni. 

Kalau nak bicara lebih lagi, penuhi dada dengan ilmuNya. Takmo main ckp ikut sedap mulut je naudzubillah

Wallahualam.