Saturday, December 31, 2011

New year, new will, new temptations yeah :)

Assalamualaikum guys :)

Last day of 2011, hello 2012.

Guess we'll hardly meet again next year huh Mawaddah, until SPM ends. Selamat kembali ke sekolah ya wakk. Kenang daku dalam doamu ;) hee

Tadi saya tengok video nih,



Rasa macam nak nangis. Yelah, dia tanya 'what have you done for Islam?' Dan saya, I've done nothing. Not even for my own Iman. Serious rasa macam sampah je saya. Nak insaf untuk selama-lamanya. Jadi budak baik je sentiasa. Boleh tak? Tapi.. susah laa. Ish dah laa. Pembaca-pembaca sekalian, jangan jadi macam saya, insan kerdil yang hina ni. Once you've changed towards goodness, stay. Okay. Selamat tinggal 2011. 31 Disember 2011 :) Tahun baru azam baru. I need a change. Nope, I WILL change! InsyaAllah with Allah's will. Pray for the best for me ya!

To Aimi : Hye yaw. How ya doin'? Harap Allah permudahkan urusan Mok kat sana. Happy getting back to school yaw :) Am missing your new updates.

Wednesday, December 21, 2011

She's been proposed :)

Assalamualaikum hye :)

Mawaddah sorry, hee. Aku nak share video tuh dekat blog nih. Hee. Sangat inspiring, sangat kewl ! Video nih mungkin dah tersebar di alam maya malaya but some of you guys might not have seen this before. Such a sweet video ever. Suka charisma tunang that girl. I showed that video to my sister kan, terus dia melenting. Tak suka tengok video video macam tuh sebelum dia kahwin. hahaa, nak wat camne. *keraskan ekspresi muka



p/s : gara-gara video nih jugak lah aku dah terjatuh chenta dengan lagu Thousand Years - Christina Perri :D To TheMissDena, hope you'll get blessings in your marriage and be granted with beautiful, soleh children :)


Ice skating again.

Assalamualaikum peeps :)

Isnin harituh, saya pergi main skate dengan my long lost friend. Hahaa, long lost la sangat. Lama dah tak jumpa mereka mereka nih. Windu! Usha blog Mawaddah Shamsudin kalau nak tengok gambar comel kami. Hahaa. Semua muka awkward terpaksa. Well, cara bangla photographer tu approach macam ada makna lain semacam je. Cehh, haha.

Adios y'all.


Friday, December 16, 2011

Bulatan Gumbira Mereka

Assalamualaikum :)

Nak share video yang sangat comel pasal usrah dan dakwah. Made in Korea and in Hangul language. Mula-mula dengar macam ARGHHHH, subhanallah sukanya :D Sebab minat dekat K-pop yang melampau (now am trying to reduce them)



Just nak cakap dekat orang yang dah terlibat dengan dakwah dan usrah ni, teruskanlah :) Korang memang terpilih untuk terlibat dengan benda benda macam tu, Allah suka :D Whatever the obstacle you may face, bersabarlah ekk. Sebab ada ramai lagi orang yang nak join nak tahu dengan lebih mendalam pasal usrah semua tuh tapi takde peluang lagi. Macam kita. To me all the dakwah and usrah thingy, they look rather special. They have something like amazing bonds between members and etc yang kita tak experience lagi. Kita takde peluang lagi nak join. Tengoklah dekat U nanti ke. hoho. Like seriously, korang sangat bertuah sebab dah termasuk dalam group yang Allah suka. Bersyukurlah ekk. Be grateful. Jangan nak keluar pulak. Macam ada orang tuh ^.^


Thursday, December 15, 2011

Oh Tuhan, Dosa Aku Terlalu Banyak.

Before reading this just to remind you that,



Pejam celik. Pejam celik. Mata tidak juga bisa ditutup. Memerhatikan segenap ruang bilik. Terpana pada jam di dinding. Sepantas jarum saat akhirnya pasti berhenti. Tatkala,manusia pasti akan toleh ke belakang. Memikirkan tiap detik yang berlalu. Muhasabah.

Dalam suka duka, mengenang dosa-dosa semalam. Hadir rasa kesal dan kesedihan mula melanda diri. Bila rasa bersalah hadir, rasa kehambaan juga turut hadir. Mencari Tuhan, mengingati Tuhan, menyebut-nyebut nama-Nya. Menghadirkan rasa bertuhan agar menyentap sanubari.



"Ya Allah,hamba-Mu ini rasa berdosa. Terlalu. Terlalu banyak dosa."

Maka berderailah air mata. Tidak tertahan-tahan lagi. Pada tangisan ia kembali kepada fitrah insani, mencari Tuhan tatkala rasa bersalah. Terlukis kerinduan hadir dari hati yang dihimpit perasaan ingin dibelai Tuhan.

Oh Tuhan.

Aku manusia biasa. Aku bukan malaikat. Manusia itu sering lupa dan leka. Gembira dengan kesenangan, sedih dengan kesusahan. Kiranya aku fikirkan aku sudah cukup bahagia. Tapi adakah aku tenang? Hari-hariku bukan lagi mentaddabur bacaan Al-Quran. Solatku kini bukan lagi khusyuk. Hatiku tidak lagi dijamu dengan roh usrah, tazkirah dan ceramah setiap hari. Aku lalai di sini.

Di sini. Di celah kesibukan.

Tapi aku bukan manusia jahat. Tidak pernah sesekali ku teguk minuman syaitan. Tidak pernah ku menjejakkan kakiku ke tempat maksiat. Aku tidak menyentuh yang bukan halal untukku. Aku hanya manusia biasa. Aku menunaikan sembahyang. Aku berpuasa di bulan Ramadan. Aku manusia biasa!

Tapi, kurasakan kini ibadahku seakan-akan tiada roh.
Tiada rasa haya' kepada-Mu! Tiada rasa takut kepada-Mu!
Di manakah semangat itu menghilang?
Di manakah air mata yang sering mengiringi bacaan doa?

Hatiku tidak dapat merasai kenikmatan doa. Aku jadi takut. Pelbagai perkara bermain di fikiranku. "Ya Allah gelapnya hati hambaMu ini!". Hati meronta-ronta, lepaskanlah aku! Lepaskan aku daripada perasaan ini. Diri seakan-akan terasa sangat jauh daripada-Mu.

Hati manusia ibarat besi. Setiap dosa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh di cuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan . Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa bagi dirinya.

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang". (Surah Al-Ra'd 13:28)

Ku ulang-ulang. Ku panggil-panggil nama-Mu. Ku sebut-sebut nama-Mu. Kembalikanlah aku semula. Usah Kau palingkan aku setelah Kau beri hidayah petunjuk-Mu. Aku ini lemah Ya Allah. Kau peganglah hatiku, tautkanlah hatiku di jalan ini. Aku ingin tenang dalam mencari keredhaan-Mu di setiap perjalanan hidup ini.

Allah.

Aku tersedar. Aku tersentap. Kenapa aku mahu jadi orang biasa-biasa? Kenapa tidak ingin menjadi yang lebih baik? Tidak berbuat dosa tidak bermakna aku sempurna. Tidak minum arak tidak bermakna aku terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil. Sembahyang 5 waktu tidak bermakna aku sempurna.

Bagaimana dengan dosa-dosa kecil? Aku lalai. Aku lalai! Aku lalai Ya Allah! Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan aku. Terima kasih atas hidayah-Mu. Ku panjatkan segala doa kepada-Mu.

"Zikir itu, penghias hati, tasbih menghias lidah. Beruntungnya hati bila masa menguasai, bermegahlah lidah, dengan ucapan sering memuji Allah SWT"

Wahai Tuhan yang Maha Mendengar, kepada siapa hamba mahu mengadu, sekiranya bukan kepada-Mu? Kepada siapa lagi hendak hamba menagih simpati, jika tidak kepada-Mu? Kepada siapa untuk hamba pinta kekuatan, ketika seluruh daya seperti dicabut daripada tubuhku?

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Tegarkanlah, pasakkan jiwa ini untuk berada pada jalan-Mu untuk selamanya. Jangan sekali-kali Kau biar diri ini tandus dimamah kefuturan. Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu dan melupakan-Mu. Kuatkan hati ini wahai Tuhan. Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau. Amin ya Rabb.

---------------------------------------------------------------------

Oh Allah, this is so perfectly me. Again credit goes to Iluvislam.much Oh yeah, it's normal to shed tears while reading this. I hope you would :)

Yakin, Redha, Pasrah Bukan Sekadar Perkataan.

Bagaimana jiwamu hari ini? Ada Allah dalam jiwamu? Kalau ada, pasti terasa. Kalau ada, rasa tenang hari ini , kalau ada, di hati hanya mahu berbuat baik sahaja.Allah itu teman hidupmu, itu kata guru saya.

Bila Allah ada dalam jiwamu maka ketika itu Allah menemanimu tapi bila Allah tidak ada dalam hatimu, ketika itu syaitan jadi teman setia maka jiwamu hari itu resah, mudah marah, mudah buruk sangka. Pastikan tidak, kerna syaitan sedang duduk bersemayam dalam hatimu.

Justeru tunduklah dirimu pada kehendak-Nya bukan kehendak syaitan.

Tetapi kalau Allah yang bertakhta di dalam jiwamu, maka seluruh diri dan tubuhmu hanya cenderung kepada yang baik-baik sahaja. Tidak suka marah, tidak suka buruk sangka, tidak suka mengumpat, suka menolong orang. Itulah kehendak Allah dan jiwamu ketika itu yang dekat dengan Allah akan tunduk pada kehendak-Nya. Simple sahaja bukan?



Justeru bila jiwamu resah gelisah, datanglah kepada Allah tapi datang kepada Allah dengan jiwamu bukan sekadar dengan jasadmu.

Saya ingin merakamkan kefahaman saya tentang keyakinan kepada Allah dan hubungkaitnya dengan kehidupan kita. Hidup kita kadangkala nampak rumit dan sulit dengan pelbagai masalah. Ketika kita berhadapan dengan masalah-masalah ini, cuba kita perhatikan sejauh mana keyakinan kita kepada Allah saat itu.

Rasa kerumitan dan hidup rasa penuh kepayahan ada kaitannya dengan keyakinan kita kepada Allah. Bila keyakinan kepada Allah itu tidak kukuh berpasak di dalam jiwa kita maka kita rasa berhempas pulas menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sakit kepala, tekanan jiwa, marah adalah antara kesannya.

Namun sebaliknya apabila keyakinan kepada Allah Yang Maha Hebat, Yang Maha Besar, Yang Maha Menguruskan Rezeki berpahat teguh di dalam hati ianya akan melahirkan pergantungantotal 100% kepada Allah sehingga mampu menghasilkan kepasrahan yang tulen apabila berhadapan dengan ujian dan halangan di dalam kehidupan.

Hamba Allah yang begini akan menghadapi kehidupan dengan mudah, tenang dan segalanya dapat dirasakan diurus oleh Allah dengan cukup sempurna. Bukan bererti dia tidak berusaha.




Orang yang benar-benar yakin dengan Allah, hidupnya hanya untuk Allah. Justeru apa yang dilakukan akan dilakukan dengan sungguh-sungguh dan sebaik mungkin kerana ia di lakukan untuk Allah, harus bagi yang terbaik dan bukannya untuk dirinya atau manusia lain.

Justeru, fokus dengan peranan dan tanggungjawab, bahagia melakukan kerana Allah, dilimpahi cahaya Allah yang sentiasa menerangi hatinya dan membimbingnya ke jalan yang benar dan penuh kebahagiaan.

Allah sentiasa ada di dalam jiwanya; setiap waktu dia sedar bersama Tuhan yang sangat dicintainya. Kesannya - rezekinya diurus, hidupnya diurus. Cukup sempurna.

Justeru,mahu rezeki dari Allah? Mahu bayar hutang rumah, hutang kereta, bil elektrik, bil telefon dan sebagainya?

Maka, yakin kepada Allah dengan penuh kesedaran setiap waktu dan saat .Mungkin sekadar di otak dan di fikiranmu kata yakin tapi di mana keyakinanmu itu bawa dalam hidupmu selama ini?

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Dipetik dari Iluvislam.much hihi, insyaAllah I'll be someday.

Wednesday, December 14, 2011

Chinta



















kata cinta! mestila Bercinta, sayang, sampai syurga.

Saya la kan, kalau saya dengan perempuan yang saya cinta, saya suka untuk nak masuk syurga dengan dia. Nanti kami duduk depan mahligai kami di Syurga, di bawah pohonan rendang, dikelilingi haruman syurga, kemudian kami mengenang-ngenang cinta kami.

“Susah abang nak dekati sayang dulu.” Sambil saya ketawa, menceritakan betapa saya sabar menahan diri saya untuknya.

“Saya pun jual mahal lebih kat abang dulu.” Dan dia pun bercerita betapa dia pun usaha menjaga dirinya.

Kemudian kami akan masuk cerita fasal anak-anak, macam mana susahnya di dunia tarbiyah anak-anak penuh cabaran, macam mana susahnya nak hidup kekal dalam redha Allah, dan kami akan cerita tu semua, dikelilingi anak-anak kami di sana. Bahagia. Perit jerih itu semua akan terbayar.

Saya nak begitu. Apa sayang kalau campak pasangan dalam kemurkaan Allah?

Cinta, sebetulnya, cinta sampai syurga.

Itu baru namanya cinta, itu baru namanya sayang.

Maka, apakah usaha kita untuk cinta itu kekal sampai syurga?

Apa usaha kita?

- Hilal Asyraf

Melayang

I never felt nothing in the world like this before - Elliott Yamin


Monday, December 5, 2011

So addicted to You :)

Assalamualaikum everyone.

Actually aku dah buka dramacrazy dah nak layan drama Lie to Me. Pastu tengok sikit. Stuck. Tekan refresh balik. Stuck balik. Tekan lagi. Stuck. Tekan lagi. Stuck. Fine. Aku tutup. Aku pun tak bernafsu hingin sangat pun nak layan apa-apa sekarang. Hoho.

Then sekarang, kau tahu la kan perkara favourite aku. Bukak instrumentals, layan tumblr. Nak nangis boleh?

Aku terjumpa proverbs ni . . .


You knock, He opens.
You attend, He welcomes.
You ask, He gives.
You sin, He tests.
You repent, He forgives.
You sin again, He forgives again. 
You cry, He listens. 
Everything you do, is about you; 
and everything He does, is about you.

"So which of Allah's favours will you deny?"
Al-Rahman 55:13


Thursday, November 24, 2011

Imaen and Elliott Yamin, wait for you.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh ~

Aku baru je khatamkan novel Sigaraning karya Imaen Jemari Seni. Okay ni promote nih ! Hekhek, kepada sesiapa yang taktau nak baca apa dan boleh baca sebarang jenis tulisan, sila sila lah beli novel nih :) Sebab aku kata korang boleh baca sebarang tulisan , adalah kerana tulisan Imaen nih unik sikit. Ambil masa untuk faham bagi first timer. Tapi babe, novel ni banyak info babe. Tak macam novel jiwang karat yang hanya menumpukan kepada skinship and whatsoever tuh ;) hekhek



Biar aku ringkaskan sikit, isi dia ada campur thrill, love sikit, banyak jugaklah actually tapi tak sampai skinship pun, Islamik dan ini memang theme dia kot, kita boleh tahu dunia jahat yang sebenar macam mana sebab orang jahat tu bunuh orang kejam gila.. Tahu tak camne dia hapuskan mayat yang dia bunuh tu? Dia letak mayat dalam guni pastu letak limau yang masam tuh dalam kata lain asid laa, supaya asid tu pergi makan mayat tuh. GRRR, macam real jeh :P and and, imaen ni jugak ada laa tulis sikit-sikit dalam bentuk kiasan tentang politik kat malaysia ni..

Maybe dia nak rakyat malaysia lebih terbuka kot.. jangan dok fikir yang kerajaan bagi gaji kat pekerja tuu duit najib sangat laa. sebab duit tuh duit kerajaan and duit cukai yang rakyat dok bayar tiap2 bulan. Jangan dok terikat sangat lah kan minda tuu dengan benda benda macam tu :) Cuba FREEDOM-kan sikit minda tu kan ;) We have our own right, and pemerintah takleh rampas hak rakyat kan :) Sebab pemerintah memerintah untuk rakyat berbakti untuk rakyat, bukan jadi puppet bini ;P

Okay yang kat atas tu ideologi aku sendiri yang aku rasa ada logiknya kat situ, tapi korang boleh lah pilih mana-mana satu yang korang nak pilih untuk jadi buah fikiran yang korang rasa logik. No offense :)
Juga ini salah satu sebab aku suka Imaen nih, sebab dia bebas nak tulis apa dia fikir. Tak terikat dengan apa-apa. And aku dapat sense jugak dalam novel dia, banyak dia petik ayat-ayat dari ulama' dulu-dulu yang aku sendiri pun fikir yang penulis ni agak serious dalam menulis sebab aku rasa dia buat research dulu kot sebelum nak menulis. Sebab hero tuh, jadi businessman kedai runcit :P And, businessman yang sangat banyak ilmu perniagaan walau hanya kecil-kecilan. Tak macam novel cliche yang lain, selalu cakap hero handsome lah, anak CEO syarikat tulah nilah and so on tapi takde info pun pasal prinsip2 perniagaan,  tips majukan perniagaan ke apa ;)

Okay, till then.
Eh, kejap kita layan lagu jiwang lagi satu yang aku baru jumpa tadi.
Aku terkejut yang penyanyi ni orang Jewish, tapi suara dia sangat sedap. And lagu dia sangat sweet.
And lirik dia tak bercanggah dengan agama cuma sedikit lagha di situ sebab walau apa pun, lagu is still a lagu, kan.. :)

Tuesday, November 8, 2011

Be strong .

I think you need some times alone.
To ponder to wonder,
why why and why Allah tests you with this kind of obstacle.
For you to do reflections maybe upon what you've done in the past :)

I know you can pass through this.
If Allah let you go through this, He'll surely help you pass this.
Be strong, you're not alone.
You have Allah, remember.
You're not alone.



"And He found you lost, and guided [you]”  Surah ad-Dhuhaa:7

Friday, October 14, 2011

One fine day,

One day,
I wanna be a great WIFE,
but it all started from being a great FRIEND.

One day,
I wanna be a great MOTHER,
but it all started from being a great DAUGHTER.

One day,
I wanna be a great LEADER,
but it all started from being a great PERSON.

One day,
I wanna be in JANNAH,
but it all started from doing the GOOD DEED
and avoiding from doing sins.


insyaAllah.

Saturday, October 8, 2011

Still alive.



Come, come, whoever you are.
Wanderer, worshipper, lover of leaving — it doesn’t matter,
Ours is not a caravan of despair.
Come, even if you have broken your vow a hundred times,
Come, come again, come.
-Rumi

Kenapa Allah masih hidupkan aku pada hari ini?
Kerana dosaku terlalu banyak. Allah masih izinkan aku untuk bertaubat :)


Thursday, October 6, 2011

Sang Pendosa



“OH PENDOSA,
JANGAN PUTUS ASA,
YANG PUTUS ASA HANYALAH YANG TAK PERCAYA PADANYA,
BANGKITLAH MENJADI SEBAIK-BAIK PENDOSA,
YANG BERULANG KALI TAUBAT PADANYA,
TIADALAH DIA MENGIRA NATIJAH DARIPADAMU,
YANG DIA INGINKAN HANYALAH USAHA,
USAHA PENUH KESUNGGUHAN,
DALAM PENYESALAN YANG DITOLAK OLEH KEIMANAN..”

Sebaik-baik pendosa ~ Hilal Asyraf


Love and truth

I know you dislike me. 
And I can't fix that.
Because how nice I can be, how evil I be
Still, you gotta hate me right?
Cuz that who you're meant to be.


p/s : hate and truth actually.

Tuesday, October 4, 2011

Oh Dakwah!


Satu hari.. Mak kita tanya kita, ada kawan non-muslim takk? 
Kita angguk-angguk je lah. 
Pastu kan Mak kita cakap kan,, 
kitaa kene cakap kat dorang agama Islam tu agama kebenaran. 
Sebab nanti kat akhirat sana, mereka dakwa kita depan Allah.
Kata kita tak pernah cakap pun apa itu Islam. 
Pastu nanti kita akan ditarik bersama ke neraka. 
Naudzubillah. 

 Moga sempatlah kiranya aku melunaskan tanggungjawab dakwah tu sebelum nafas terakhir ya Allah.

Friday, September 23, 2011

I can relate.

Start the day with something sweet and end it with something sweeter. - Hlovate
I started the day with a page of the Quran. Just a page. - Aiman Azlan


Monday, September 12, 2011

Loving yourself,

Remember, the more He tests you the more He loves you :)
You know, one true best friend is itself.
Jadi cintailah diri sendiri terlebih dahulu sebelum mencari kesempurnaan dalam diri orang lain.
You know, sometimes overthinking leads to negative thoughts.

Muhasabah session :

1)At the first place, why did I wear a large hijabi?
2)What is my purpose of wearing something different than others?
3)Why why and why I let people's thoughts affecting me?
4)Why am I searching for a perfect sahabat instead of being a better person for others?

Saturday, August 20, 2011

Oh muhasabah diri.




Pernah tak kau terbayang kau berada di sebuah pulau.
Kau hanya seorang aje waktu tu.
Halus embun meniup pipi kau. Ganas ombak menghempas pantai hati kau.
Kau hanyut. Kau dibuai perasaan aneh.
Seakan-akan inilah perkara yang selama ini kau tinggalkan.
Perasaan nostalgik itu datang kembali.
Melihat indahnya pasangan ombak dan pantai.
Melihat misterinya lautan dalam itu.



Oh diri,
berhentilah.
Aku menyeru kau.
Hentilah mengharapkan orang lain.
Mereka tidak akan pernah faham perasaan kau.
Mereka manusia, kau pun manusia.
Mereka bukan tuhan untuk kritik kau.
kau berhak menjadi diri sendiri di dunia ini.
Tiada siapa yang halang kau.
Janganlah sedih mereka tak fahami kau.
Kau seharusnya sedar
ada makhluk yang lebih sayangkan kau.



Hati ini menyayangi jiwanya, iman ini menyayangi dirinya.
Duhai Iman, aku minta maaf.
Jiwa ini selalu mengabaikan keperluan kau.
Sekarang kan, jiwa dah menderita dek kehilangan cahaya iman.
Kembalilah iman, kembali pada diri ini.
pandulah jiwa dan diri ini,
agar mengharapkan CINTA hanya dari Pencipta.


Sunday, August 14, 2011

praising him

SYUKUR KE HADRAT ILAHI,
ALL PRAISES TO ALLAH,
ALHAMDULILLAH

Friday, August 5, 2011

Ramadhan karim~

Selama 5 hari berpuasa nih, alhamdulillah.
Banyak jugaklah mukasurat Al-Quran yang dapat saya belek.
Syukur, matlamat tahun ni ialah baca Quran lebih banyak daripada tahun lepas.
Weh, kan best kalau boleh baca Quran macam baca novel.
Sekali lalu je, dalam satu malam.
Dapat khatam, heh.
InsyaAllah, one fine day.

Midyear result.

For whatever happen in life, you have to move on :) 
Allah loves you soo much that's why He test you with soo many obstacles, 
untuk mendengar rintihanmu yang berpanjangan. 
Dear self, dont give up. 
Oh Allah, tunjukilah aku jalan keluar dari belengggu jahiliah ini. 

Ehehehee, macam dah lama kan tak update blog.
Well, saya buzy la awak. heh.
Oh yaa, Exam Mid-Year saya agak teruk.
Dengan keputusan 5A sahaja over 9A
Huh, dan paling mendukacitakan Addmaths saya dapat C.
SOBSOBSOB.

Mama, aishiteru.

Mula-mula kita tengok cerita ni..



pastu kita tengok cerita ni.
Sumpah leleh habis.



Mama, kita malu nak cakap ni tapi..
kita sayang Mama, sangat-sangat ^.^

Sunday, July 31, 2011

Assalamualaikum :)

Ahlan ya Ramadhan karim~
Ya Allah, ramadhan kali ini aku nak jadi lebih baik.
insyaAllah. I hope you guys pun :D

I just want this stressful feelings to cast out from my chest.
I know, I've been thinking negatively lately.
Hekhek, whatever.

Okay, I only have a month left before my Japanese Language examination.
It's like SPM exam for this subject and kinda nerve-wrecking.
Wish me luck, titipkanlah doa kecemerlangan untuk saya.

Oh yeah, for those who gonna perform their ibadah fasting at boarding school,
I wish you all the best.
I bet it's gonna be fun with all your friends, break fast together.
Believe me, it'll be great.
So unlike me, I think I will experience all that at university je kot. heh.
That's all for now I think.
Happy fasting :)
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu satu erti buat diri, buat hati yang mati :D

Sunday, July 10, 2011

i love malaysia







I AM SO PROUD TO BE MALAYSIAN !
Hentikan POLITIK KOTOR !!!
Al-Fatihah buat pejuang kita yang terkorban.
Semoga Allah tempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman.
Aminnnn.

Assalamualaikum :)

Saturday, July 9, 2011

kuning-kekuningan. BERSIH 2.0





Ya Allah, beri lah kemenangan buat kami di dunia dan akhirat. Kuatkan semangat kami menentang pemerintah zalim. Takbir!!!!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR !!  Kuning, bersih, rakyat Malaysia, you're the best !! Teruskan perjuangan. Sadly, ana masih di sini. Menyingkap tirai menghadap realiti melalui lensa internet saja. Shedding tears when watching you guys marching and takbir. Barakallahulakum !!



See, Malaysians all over the world are marching. And guess what, mereka berjaya adakan perhimpunan yang aman. The police sedikit pun tak sentuh kacau perhimpunan mereka walaupun  mereka bukan rakyat negara dorang. I am so upset with polis di malaysia.

Unggun Bersih by A. Samad Said

Semakin lara kita didera bara
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, Jun 2011 A. SAMAD SAID


Sunday, June 19, 2011

is this what we call riya' ?

When you start counting the number of people who reblog/like your status more than counting your istighfar(repentance), when you start competing with others to get more followers, when you start feeling sad or jealous if no one or little people respond to what you’re sharing, when you care more what people may think about you more than Allah, I’m afraid dear brothers & sisters you are about to make amal for this dunya, for the sake of others than Allah. Well that is a major thing you need to take care of.

“When you see someone who is not as religious, remember that you were once on the edge of the fire, and it was Allah (swt)’s favor upon you to guide you. Arrogance will wipe away any goodness from the transformation.”

Note to self, astaghfirullah al-azim.


Saturday, June 18, 2011

Move on, baby.

life itself is an art.
when things doesn't seem to be right, go left then.
believe, everything will alright at the end.
young girls should be told, they are too pretty to be ugly.

i ain't perfect girl.
i was before but not anymore.
when i'm still a red colored baby.
i made mistakes and still making it.
and i did repent but i repeated it.
and then i repent again and there come a circle of repeating and repent.
i don't know where i'm lack of to make such a confusing circle.
okay one, i'm lack at studies, and in life as well.



i have to face the reality indeed.
life is not a fairy tale.

what is the purpose once again.. of life?
enjoying every little second of head banging musics and rock and roll ?
crying regretting of whatever decisions that i have made ?

I had taste every little of that lagha thingy in life.
I even got scolded by the whole family for watching Korean variety shows, dramas and etc for 24-7 (2).
for wasting that precious time of mine in front of the laptop and hurting my eyes.

recently, i've been reading that hlovate new novel.
that 'contengan perjalanan'.
terkena atas batang hidung sendiri beb.
you wanna feel , you read.
give some effort to make a move.
give a chance to yourself to even recognize you.
to find that purpose of life.

that thingy,
guitar, piano, cds, excitement
were once my dreams.
to learn playing these instruments.
yes, i LOVE to hear musics
i said that music is my new best friend since they left me.
and yes, that is so very true.
since they left me and at that time i'm freaking missing them like crazy people.
but i'm not blaming them for leaving me lonely
this is life, He wants me to be strong.



to be able to stand alone.
and i almost at that point now, i don't miss them anymore.
but sometimes i do though.
yeah who cares. i have to move on.
you have to move on.

The past is a great place to visit but not a good place to stay. Move on baby.


Monday, June 6, 2011

Hati yang bersih.

macam mana nak jadikan hati ini bersih ?

1) ringan ringan kan kaki ke majlis2 ilmu.
2) elak kan pegi ke tempat2 yang lalai.
3) fikir, merenung, menghayati tanda tanda kebesaran Allah yang terlalu banyak kat atas muka bumi ni.
4) berusaha memaksa diri bagi menunaikan ibadat yg sebaik mungkin and istiqamah dalam melakukan 
    amal ibadat tuh.
5) hayati zikir serta maknanya.

InsyaAllah. A quote from a brother.

3) Fikir dan renung dan hayati tanda-tanda kebesaran Allah yang tak terhitung kat muka bumi nih.

Dekat tumblr banyak kot.
tak payah nak merantau sangat lah negeri orang.
Tumblr. where your eyes can wonder without cost-ing you anything.
and there, all you should do.
stop thinking about anything else.
watch how mesmerizing the pictures in front of ya.
dan di situ, anda boleh fikir, renung, hayati tanda tanda kebesaran Ilahi~
*tapi merantau lagi besh :P*




and even inspirational quotes :)


Friday, May 27, 2011

Quartet Saidatul Saffa :)

Assalamualaikum everyone.


for those who freaking bad want to be in love,
this book is worth reading.
inspirational book ever with a piece of quotes from the Quran that suits perfectly.
recommended :)
Quartet mean four seasons with four men that come and go.
that she had a crush upon but end up heart broken.
and she finally realize that she needs to love Allah itself and herself before searching for somebody else to love.