Saturday, November 22, 2014

Grateful dental student from Egypt.

Bismillah. 

Mood post yang lepas lepas asyik berbicara pasal cinta je ye diri..? Tch tch tch

Harap maklumlah, sebab itu antara ujian terhebat saya semenjak datang sini. Ujian fitrah cinta. Haha. Okay enough with it. 

Ada senior saya ni, dia share blog yang cerita pasal HO from egypt ni macam mana. Dan saya sangat terkesan. Terasa pun ada. Sebab ada betulnya. Huhuu


Bukan apa, dan bukan nak salahkan sesiapa. First and foremost salahkan diri sendiri sebagai pelajar ini. Kerana faham jee dan tahu je. Adakala kita terlebih lebih pula dalam urusan 'sunat' sehingga mengabaikan yang 'wajib' iaitu menuntut ilmu. Amanah yang paling BESAR buat kita di sini. 

Bukanlah nak memberi makna yang sunat itu tidak penting langsung, tapi berpadalah dan pandailah dalam mengurus masa, balance antara dua itu. Faham je kadang menggalas apa-apa AJK, dakwah dan tarbiyah itu juga mendidik diri dalam sesuatu sudut. Namun jangan tergadai amanah menuntut ilmu yang merupakan tugas utama kita di sini. 

Dan bukan juga salahkan doktor doktor yang mengajar kami di sini. Doktor di sini sangat bagus. Hafalan dan praktisnyaa. Mereka selalu tegur kami dimanjakan dan sebagainya. Memang. Dan itu mungkin punca kami menjadi begini huhu. 

Nak cerita, haritu pergi buat tampalan gigi amalgam dengan senior saya. Yang merupakan tahun 3 pergigian. Faham je saya orang ketiga patient dia. Haha. Dan dia takut takut. Takut saya, patient dia ni sakit. Jadinya dia buat slow slow masa nak buang caries and buat cavity tuu. Mahu makan masa lebih kurang 2 jam. Doktor yang supervise cakap, she'll die. She'll die! Sebabnya mereka buat kerja slow sangat. 

Jadi nak ceritanya di sini, doktor bagus jee. Tegas dan berpengatahuan. Kami yang masih belajar ini, mungkin terkurang. Bukan semua, mungkin ada juga di antara kami yang bagus dan cekap. Itu lah, it's a learning process. Kan :) 

Harapnya, masa HO nanti bertambah bagus dan cekap insya Allah aminn! Doakan kami student medic dentist di sini. Kami sangat fakir akan doa dan kebaikan semua :)

Hopefully, I'll focus more in my studies. More organized! Biiznillah. 

Sekali lagi, mohon doa semua. xoxo


Tuesday, November 18, 2014

Sabar itu indah sayang

Awakk,

Saya tahu awak cantik sangat. Awak wanita kann. Awak kan hotstuff ^^ sebab tu saya tahu je.. Awak tutup segala perhiasan awak daripada mata ikhwah. Untuk jaga mata mereka. 

Tetapi itu semua ibarat tidak berguna, jika awak tak jaga ikhtilat awak dengan mereka melalu chatting whatsapp facebook dan sebagainya. Saya tahu.. Awak friendly sangat. Awak suka melayan. Saya pun suka melayan lelaki kalau lelaki tu dah start melayan saya. Tapi saya tahan. Sebab saya rasa bersalah sangat dengan Allah dan bersalah dengan hati. Sebab tak mampu nak jaga hati ini kalau terlayan kerenah mereka. 

Awak, bantulah mereka ikhwah budiman untuk menjaga hati mereka. Dengan tidak melayan. Jangan terlebih lembut dalam bercakap di telefon. Jagalah. Kerana kita ini di duniaa, semua Allah suruh jaga kann ^^

Saya tahu, fitrah wanita sangat memerlukan kasih seorang lelaki selain daripada bapa dan abang. 

Tetapi yakinlah dengan janji Allah,

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. And vice versa. 

Kita wanita yang baik, pastinya untuk lelaki yang baik. 

Yakinlah, andai tiba masa jodoh kita.. Adalah tuu. Bersabarlah. Kerana dalam bersabar itu, terdapat keindahan yang menunggu kelak. Insya Allah. 

Selamat menjaga dan bersabar! Xoxo

Saturday, November 15, 2014

Serious sayang..

Sayang,
Tahu je orang berpurdah tak bermakna dia sempurna,
Tapi tolong jangan cerita aib sahabat awak yang berpurdah lain, macam awak tahu isi hati dia. 
Macam awak baik sangat je. Tu maksud saya. 
Saya faham, awak pun tak sempurna, tapi tolonglah...
Awak baik dan saya sayang awak. 
Serious sayang dan saya cuba berhusnuzon di sini. 

P/s: The perks of having these kinda people in your house. Teach me how to be patient maybe? And think positive and yeah, you seriously only have Allah beside you to always be with you...
Cuz people dont stay. They will go. 

What positive vibe for today is:
I get to know a few kind of people. And I'm gonna face a few others all around the world. And I gotta to accept their flaws cuz they'll have to face mine too. 

#avoidnegativevibe peeps! 
XOXO

Thursday, November 13, 2014

Menjaga hati

Duhai wanita solehah,
Jagalah dirimu. 
Jagalah bahasamu.
Jaga lenggok dan suaramu.
Jaga lirik matamu. 
Mahalkan kata-katamu kepada yang bukan mahram. 

Bukan awak sahaja yang nak jadi solehah, saya pun. 

Tahu je. Sekarang zaman moden. Komen kat instagram, facebook, whatsapp etc

Tapi selagi boleh jaga, jaga. 
Kenapa kene jaga? Sebab ini bukan syurga yang boleh kita buat sesuka hati. 
Faham je. Rasa nakkkk sangat. Saya tahu. Saya tahu. 

Sebab saya pun sedang menjaga. Yang luaran setakat ini mampu lah alhamdulillah. Yang dalam hati ini, mohon doaa awak semua untuk dipermudahkan segalanya. Bukan mudah, saya faham dan tahu sangat. Dan Dia lagi Maha Mengetahui :')

Moga dengan kesabaran ini kita diberi  sesuatu yang luar biasa oleh Pemilik hati Pemilik Cinta kita Yang Maha Satu itu insya Allah :)

-kerana Allah sayang maka Dia suruh kita jaga diri leklok kay :*

Wednesday, November 5, 2014

Lupa.

"Hey chingu,
Awak lupa saya ke?
Awak tak rindu saya ke?

Awakk,
Sampai hati tak tegur tak wish harituu. 
I've been waiting for your wish thou. 

Don't make me assume that you've found a better person than me,
Because I didn't found them just yet T.T

Yang tak jumpa penggantimu,
Chinguu."

Sekian sahaja repekan saya di atas hahahaaa

Terima kasih siapa yang wish, siapa yg ingat :D

Orang pertama ialah echaa, tengs echaa

Kau tahu, wish saja sudah cukup untuk mengatakan ohhh, dia ni ingat lagi kat akuuu alhamdulillah :)

Pleasure je rasa hati inii

Yang tak berapa nak pleasure, bila best friend tuuuuu smpai ke sudah tak wishhh! Siap awak chingu bila kita balik malaysia. Dush dush!

#moodmencarisahabatsolehah