Saturday, November 22, 2014

Grateful dental student from Egypt.

Bismillah. 

Mood post yang lepas lepas asyik berbicara pasal cinta je ye diri..? Tch tch tch

Harap maklumlah, sebab itu antara ujian terhebat saya semenjak datang sini. Ujian fitrah cinta. Haha. Okay enough with it. 

Ada senior saya ni, dia share blog yang cerita pasal HO from egypt ni macam mana. Dan saya sangat terkesan. Terasa pun ada. Sebab ada betulnya. Huhuu


Bukan apa, dan bukan nak salahkan sesiapa. First and foremost salahkan diri sendiri sebagai pelajar ini. Kerana faham jee dan tahu je. Adakala kita terlebih lebih pula dalam urusan 'sunat' sehingga mengabaikan yang 'wajib' iaitu menuntut ilmu. Amanah yang paling BESAR buat kita di sini. 

Bukanlah nak memberi makna yang sunat itu tidak penting langsung, tapi berpadalah dan pandailah dalam mengurus masa, balance antara dua itu. Faham je kadang menggalas apa-apa AJK, dakwah dan tarbiyah itu juga mendidik diri dalam sesuatu sudut. Namun jangan tergadai amanah menuntut ilmu yang merupakan tugas utama kita di sini. 

Dan bukan juga salahkan doktor doktor yang mengajar kami di sini. Doktor di sini sangat bagus. Hafalan dan praktisnyaa. Mereka selalu tegur kami dimanjakan dan sebagainya. Memang. Dan itu mungkin punca kami menjadi begini huhu. 

Nak cerita, haritu pergi buat tampalan gigi amalgam dengan senior saya. Yang merupakan tahun 3 pergigian. Faham je saya orang ketiga patient dia. Haha. Dan dia takut takut. Takut saya, patient dia ni sakit. Jadinya dia buat slow slow masa nak buang caries and buat cavity tuu. Mahu makan masa lebih kurang 2 jam. Doktor yang supervise cakap, she'll die. She'll die! Sebabnya mereka buat kerja slow sangat. 

Jadi nak ceritanya di sini, doktor bagus jee. Tegas dan berpengatahuan. Kami yang masih belajar ini, mungkin terkurang. Bukan semua, mungkin ada juga di antara kami yang bagus dan cekap. Itu lah, it's a learning process. Kan :) 

Harapnya, masa HO nanti bertambah bagus dan cekap insya Allah aminn! Doakan kami student medic dentist di sini. Kami sangat fakir akan doa dan kebaikan semua :)

Hopefully, I'll focus more in my studies. More organized! Biiznillah. 

Sekali lagi, mohon doa semua. xoxo


No comments:

Post a Comment