Saturday, August 31, 2013

Dunia



I sneak into my bro's room in the middle of the night and found this amusing so I took a pic of it x)


Buat yang terbaik ye :) Allah tahu awak kuat, you can do it! Insya Allah, yakin!
*I know Hmzh don't even know this blog exist but who cares lol*

p/s : Please pray for my dearest, peeps! They are going through an important phase in school life :)

-----------------------------------------------------------------


I watched this at 3 in the morning and I know I have to watch it again at some other time. Or even download it to my phone perhaps? 



Prinsip tak prinsip

Assalamualaikum wbt. hye :)

Umar : Kak.... Dulu ko slalu ambik gamba berdua-dua eh?

(Maklumlah suasana merdeka raya sekolah dorang)

Aku : Haaa? Hmmm, kakak taklah.. hmmm hmmm hmmm... Ko pun takyah la... Takyah la ikut orang sangat apa semua. Sebab amik gamba ngan perempuan kan....... Tengok macam Hamzah, tak pun blablablabla...

*berdua pulak tuu kan hmmm..

--------------------------------------------------------------

It feels quite satisfying when you actually have some principles in life. And you stand for it. Though it might be the smallest thing in the world, but when you don't feel like it, then don't do it. Find the best reason not to do it.

As in my case, these actions... you know.. It is not appropriate for a woman (yang pakai tudung labuh walau aku ni bukannya baik sangat) take a picture with some random ajnabi guys.. Right?

Aku takut aku menjadi fitnah untuk perempuan-perempuan yang bertudung labuh yang jauh lebih baik dari aku. Aku takut... Aku mudah 'give in' to these guys.

You actually don't know this, but I'm quite fragile. Easily falling for someone who cares. *cehhhhh haha
But it actually the truth, and that's why I'm acting awkward and whatnot. While I know, I CAN not to be awkward. hehe

Allah knows better :D

And as for you girls and guys yang Allah love you sooo much, please don't be offended okay. This is my choice of my own made principle. We are improving and so are you.

*Dan ada juga masanya bila aku sendiri pun rasa mahu saja 'memakan' balik segala prinsip-prinsip tersebut. Moga Allah bantu kita untuk terus istiqamah, insya Allah.*

Kalau rasa perkara lama yang kita buat tu dah tak betul, tinggalkanlah :)




Tuesday, August 27, 2013

Gratitudes,

Alhamdulillah :)

Too much of little things happened to be given to me. *grateful, sobs*

Let the pictures do the talk,








Tinggal dua orang cinta ni dan sahabat 5ST lain yang belum sempat bertemu.. insya Allah di lain waktu! :)


Saturday, August 17, 2013

puas hati sangat. sebab hati sudah tiada.

"   Harga yang perlu dibayar dengan penggulingan presiden Mursi : puas hati sekarang??

Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.

Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran. 

Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza. 

Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati. 

Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).

Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!
Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??

Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??

Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi. 

Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia. 

Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..” 

Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”
Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan, PUAS HATI SEKARANG??!    "  creds to rightful owner from facebook



Mohon doa kekuatan semangat mereka, solat tahajjud, solat hajat, bacaan yaasin, setiap saat terbaca berita mereka jangan putus doa okay :)

Takpe, mereka kuat, itu ujian mereka, sesuai dengan mereka. Takpe, hadiah mereka syahid. Kita bila lah pulak?


Thursday, August 8, 2013

Ceritera premedic yang lalu

Assalamualaikum wbt.

Sudah sekian lamanya tidak menulis berconteng conteng di sini. hehehe
Sebulan je pun lulz.

Okay. Just done my premedic last Friday. Alhamdulillah it went well.

Bagi aku, pengalaman masuk UPM sangat best. I like! Alhamdulillah!

Aku suka pensyarah-pensyarah kat situ. Mula-mula baru start kuliyah, ajar laju............ Dia kata camni lah dia ajar budak medik UPM. potpetpotpetpotpetpotpetpotpet. Then dorang ni realize kot yang kitorang macam tak faham sangat, barulah slow sikit.


















(Dr. Ana, yang pakai spek tu)

Yang terharunya masa last-last nak habis pre-medic tuh, dorang macam caring sangat! Ada tu, ajar cara dia buat notes bagi senang ingat.. Pastu bagi nasihat bagai.. 'Suruh' tanya-tanya soklan mana yang keluar time exam, nnti dia bagitahu,, asal kene tanya je. haha

Pasal kawan pula, alhamdulillah :) Met new people. Yang aku boleh masuk. Haha. Housemates pun alhamdulillah, okay. Best. Nak aku cite sengsorang ke? mehmehmehmeh


Roommate :

Sarah Fariha, 18
Cute. Sekolah agama asrama dulu.
Taken. Haha
Citarasa muzik, laman web sosial lebih kurang aku.
Insya Allah nak pursue sakit puan after balik Mesir. Cewah, memandai aku je hahahaha. Eh, tapi betullah dia nak jadi pakar sakit puan nanti okay. Tak tipu.

Oh lagi satu, dia insya Allah pursue in Medicine Alexandria.





Housemate, bilik sebelah-sebelah :

Aminah Nadhirah (Nad), 18
Comel personalitinya. MRSM 'tak ingat' (belah utara rasanya)
Suka baca fiction, suka tulis fiction lebih kurang Fairuz tapi takde kaitan dgn anime. Tapi aku tak baca lg literature dia sehebat Fairuz ke camne. huahuahua
Masih belum dimiliki. Tapi hati mungkin dah dicuri. ahaha
Suka tidur dengan penguin dia x)
Dia kata mungkin nak sambung law after ambil medic ni. Sebab mak dia ada firma guaman. kot. tak silap aku mendengar lah.

Insya Allah dia sambung Medicine Mansoura Manchester.



Housemate, bilik tepi court:

Zainab Azhari, 19
Friendly. Best kawan dengan dia. Most of d lecture time mesti dengan dia! Tertidur ke urut-urut ke buat lawak mesti dengan dia. Haha, pastu petang tutorial pun dengan dia jugak.
Senior setahun, nasihat dia lebih matang kot. Dia pernah tunjuk satu ayat Quran pasal 'jangan judge/assume orang'. Terkena atas batang hidung. Tp tak terasa pun dengan dia :)
Gelak dia berjangkit, pastu takleh tahan ahahah. Dahla bulan Ramadhan I tergelak banyak banyak pula :3
Ohh, dia kenal dengan Khai Akmal, senior sekola P8 tu.
Taken, insya Allah goin to be married soon at d right time. Pray for her peeps.

Insya Allah Medicine Mansoura Manchester.


Roommate dengan Aminah Nadhirah:

Siti Najwa, 18
Masa akhir-akhir premedic baru start nak rapat. Suka duduk dengan dia. Aku kan tak banyak cakap, duduk dengan dia jadi senang pulak nak bercakap hehehehe.
Banyak ilmu di dada, agama mahupun perubatan. Nasihat yang paling bermakna masa farewell, "Nobody's perfect." Walau simple tapi just on time. Alhamdulillah, ditemukan dengan budak nyomel ni ahahaha :)
Pun sudah berpunya. Moga dipermudahkan ye Najwa x)

Insya Allah dia akan pursue medicine kat Tanta. Juga insya Allah bakal housemate I di sana :DDD


Ada lagi 3 orang housemate iaitu Hanan 18, Fyda 19, Syikin 18.
Masing-masing ada best personaliti tersendiri yang belum sempat aku explore and tak sempat aku nak bergambar dengan mereka personally.

Aku rindu kawan lama. And I hope that they miss me too.

p/s: and they do <3 they really do. its just me that.........

p/s/s: so much thing to be told yet so lazy and so little time. though i'm on holiday until i dunnowhen.

till next entry! xoxo