Friday, May 3, 2013

Midnight Rants

Assalamualaikum wbt.

Hi. Sooooo I baked a cake.. A few days ago. A rainbow cake. And it didn't turn out like I wanted :(((( Takpe takpe. Lain kali I buat lagi ehh.. hihii.

I know why it became an epic fail : it is too oily. And not fluffy at all like a normal cake! Too much oil and butter! And I used olive oil instead of vegetable oil. huhu. Takpe takpe. First trial ayak tepung bagai. So itsokay. My mom tak marah.. hihihihihii. Yang coklat tuu I campur milo. I imagine it would be a total leleh liur kalau menjadi. Haha :)



Note : Olive is a fruit. Use corn oil instead okay :D

--------------------------------------------------------------------------------

Lepas tu apa pula kita nak cakap eh? Sebenarnya banyak sangat nak tulis semenjak kelmarin lagi tau.

Oh oh ! Politik! Hihi.

I really like it if, if they ever make a manifesto : perbaharui pendidikan di Malaysia. Macam dekat Finland ke, atau mana-mana negara yang ahli pakar betul-betul kaji keberkesanan nya.

Ini contoh link pendidikan di Finland. Pendidikan di Finland :D

Maklumlah, I share what I read. And since tumblr, facebook and google are my only source of reading apart from the books soo.... yeah. haha

From my experience, betullah . Cikgu itu contoh terbaik. Bila kita di sekolah, banyak waktu kita habiskan dengan cikgu dan kawan berbanding dengan parents. Tapi bila cikgu pun macam apa................. dot dot dot. You put your own words, dear Malaysian students. Macam mana nak bagi anak murid berakhlak kan?

Macam aku punya experience la dulu...

Ni masa anugerah cemerlang or whatsoever program yang ada YB sampaikan hadiah. Cikgu yang in charge akan bisik kat kitorang, "salam je kalau dia hulur tangan." Walhal kami pelajar tahu YB tu lelaki. Like whatttt?! Buat apa bagi kami belajar Pendidikan Islam kalau cenggitu kan.. And aku pernah lah ada experience tersambut salaman mat salleh masa dorang datang visit. Punya lah marah bagai nak rak sorang cikgu tu sampai jerit satu kelas dengar -.-" Memang salah aku careless, tak pandai menolak dengan bermaruah (ecehh) tapi benda masa penyampaian hadiah tu takde pulak nak bising sana sini? Semenjak peristiwa itu, aku terus mengenakan tudung labuh ke sekolah. Boleh lah salam mana-mana mat saleh berlapikkan kain tudung tersebut. *hanya gurauan*

Pakai apa pun niat kena ikhlas tau Asma'. Lillahi taala.

Dan lagi satu, aku selalu perasan bila pentadbir sekolah aku sampaikan hadiah or apa-apa sijil, mesti dorang hulur tangan pada pelajar lelaki jugak. Take note: pentadbir sekolah aku perempuan. Siap tu ada yang peluk lagi hamek kau. Bukan semua cikgu. (Nnt ada yg marah pulak) Malangnya cikgu cikgu ustaz ustazah takut kot nak tegur para pentadbir ni...

Tak aku bukan tak bersyukur dengan sistem yang ada. Aku bersyukur sangat pada Allah Taala kerana bagi aku lahir di negeri yang berbudaya ketimuran, yang padanya tersemai subur sifat malu, yang namanya negara Islam. Yang harapnya bukan sekadar indah khabar dari rupa.

Ini bukan cemuhan terhadap cikgu aku. Ini kritikan. Aku harapkan sebuah perubahan. Takkan aku nak biar anak lelaki aku kena macam itu pula lepas ni?!

Jadi diharap cikgu-cikgu yang diberi input kepimpinan Islam dan bermoral ketimuran dipelbagaikan. Yelah, takkan nak jadi ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus pulak. Bak kata Cikgu Rizawani aku dulu, "kepimpinan melalui teladan".

Cikgu itu menjadi tauladan untuk pelajar. Dan sebenarnya, pelajar ni... kalau cikgu dia betul baik. Anak murid dia insya Allah akan ikut jejak langkah dia. Sebab semua fitrah manusia ni tak kira agama bangsa dan negara (cewah) berkehendak kan kebaikan.

P/S: Aku dah lama tak karang esei bahasa melayu ni.. Haha :D

Aku tahu, tiada manusia di dunia ni yg sempurna termasuklah guru-guru. But they can try to be one. Trying is not an option. It is a reponsibility for the teachers. Bagi la dorang high income. Kesian tau tengok cikgu aku ni kadang-kadang. Mcm sahabat Nabi dulu.. Khalifah Umar al-Khattab! Dia bagi gaji tinggi dekat jawatan Hakim sebab kerja dia berat kena adil dan saksama, untuk elak salah laku. Begitulah juga dalam konsep ini. Barulah cikgu bersemenggat nak kerja! (We live in a materialistic world I admit)

P/S/S: Aku sebenarnya nak tulis aku rindu cikgu-cikgu aku je.. Tertulis panjang lagi. Mdm Siti Suhaili, Cikgu Rosmizi, Cikgu Mat, Datin Norzah, Ustazah Koriana dan lain-lain. Semoga rahmat Allah bersama kalian! Ikhlaskan mengajar!

P/S/S/S: Aku banyak lagi nak bicara pasal politik, tapi entry seterusnya lah. Insya Allah.



No comments:

Post a Comment