Thursday, May 30, 2013

Just annoying side of me getting annoyed.

Some facts that you may not know about me.

1) Tanyalah walau seratus kali pun sama ada nak pilih coffee or hot chocolate, akan ku pilih chocolate :) Tapi kalau da seribu kali tuhh, kau dah kenapa? hekhek


2) Aku taktau apa orang fikir aku ni macam mana. But there's a time when I'm easily annoyed at stupid things. Even at random things too! And it is not even in my menstrual time. Silly me kan.

3) Aku tak suka kena arah arah. Lagi lagi dengan family. "Kak.... Buat tuuu. Kak.... Buat ni." Walau kita suka tangguh tapi kalau kita tahu kita nak kene buat kita buat laa. Jangan la cenggitu.

4) Kita sebenarnya suka duduk sorang sorang. Sebab kalau ada orang datang dekat pun tapi awkward, baik lah kita lari masuk bilik dok sorang sorang. Lagi satu, aku sangat senang buat situasi jadi awkward .

Silence is not awkward isn't it? People like me tend to see something beautiful awkward. Typical people. Like me. Like you too. Eleh

Hi. Nama kita Put Put. Kita suka gesek gesek gigit main ngan mama bila mama tengah berkebun :) *tetiba

5) Kalau aku tengah khusyuk buat something kann.. Walau tengah dengar lagu je pun... Pastu ada orang intrude ajak borak bende bende yang aku rasa aku tak dengar pun takpe,, aku akan annoyed jugakk.. hahahaha! Dis week is the discovery of the silly side of me getting annoyed.

6) Aku tak masuk wayang. Walau aku tahu tengok cerita dalam tu best lagi feeling. Aku rasa benda tu buang duit, buang masa kena beratur dan sebagainya. Dan nanti akan jumpa ramai couple yang keluar dating dalam tu. Daripada aku assume apa apa yang menambah dosa baiklah aku jauhi tempat itu. Ehehee. Bagi aku takde masalah pun tak masuk wayang, bukannya ketinggalan zaman pun. Dan cerita itu, kalau nak tengok sangat pun boleh lah download di internet kalau tak takut Allah tanya masa anda diluangkan untuk apa... Aku.... Aku pun banyak buang masa untuk bende bende sewaktu dengan ini,, jadi marilah kita beristighfar supaya Dia ampunkan dosa kita ;( Astaghfirullah al-azim........

Ini hanya pendapat aku tentang wayang. Janganlah marah kalau tak bersetuju. Silakan memberi melontarkan pendapat anda yang anda senang. Agree to disagree, like my sister said.

Dan ada waktu bila kawan tak ajak aku keluar sebab... sebab dorang nak masuk wayang. Ehehee. Kau rasa apa yang patut aku rasa? Haha. Apa yang patut aku rasa... hmmm.. aku tak patut rasa pape sebab biarlah. Aku rasa lah kann.. aku rasa lah.. aku dah sedikit matang. Sikit je lah. Ehehee. Untuk emo bende bende cenggini memang tak patut. Whatever it is, I don't mind. I still want them in my life :)

Tengok, walau aku senang awkward dengan orang tapi aku masih perlukan orang dalam hidup aku. I'm not so bad kann.. Hahahaaha!

Thank you Camera360 for the jerawat coverage muehehe

7) Aku juga senang annoyed bila ada orang pasang lagu kuat kuat. Lebih lebih lagi lagu yang aku kurang gemar mendengar. Rasa cam tah pape tah. Awak nak dengar awak dengar sorang sorang. Kita nak dengar instrumentals terganggu nih. Ahaha :D

8) Ini berkaitan dengan nombor. Aku rasa nombor TUJUH ITU SANGAT HANDSOME. Nombor DUA ITU SWEET DAN LAWA. Nombor TIGA ITU ALLAH SUKA SEBAB SELALU KITA ULANG SAMPAI TIGA KALI KAN. Aku rasa lah. NOMBOR SATU ITU UNIK IN ITS OWN WAY.

"Dan kalau boleh kahwin dengan nombor, aku pilih nombor tujuh. Serious said."

ehhh, tak patut aku kata camtu! Bukan, aku suka juga orang yang suka nombor 7. Haa, that's more like it! :)


Monday, May 20, 2013

Done.

I'm over you. insya Allah.
I'm done with you. This heart came back, alhamdulillah.

Walau kau selalu yg pertama terpandang, takpe.
Mungkin kerana kau sedikit handsome dari yang lain hurhurhur



Bila aku dah kahwin nanti, aku nak dengar balik lagu ni insya Allah :)

Aku sentimental sangat. Aku tahu ;)

Thursday, May 9, 2013

It's midnight again. I'm a cruh-zy zombie.

Assalamualaikum wbt :)
Hi hi everyone!

Terlalu banyaaaaaaaak sangat nak bercakap melontarkan pendapat. Menjerit-jerit dalam kepala ni. Maklumlah tiada kawan untuk bercakap dari hati ke hati. Kau tahu tak aku sangat lonely kat rumah ni :((((


Emo la sangat Asma', someday you gonna miss this lazy comfy moment. Much I tell you. Jadi bersyukur ye................................................ 

K.

---------------------------------------------------------------------------------

Apa yang aku nak cerita... Aku buat rainbow cake lagi! Ahaks
Yang dulu tu kan aku ayak ayak sendiri. Kali ini aku nak beli barang-barang ayak semua, mama aku suruh beli tepung mix je terus. Senang cerita. 
Jadi aku pun beli Nona Sponge cake perasa vanila. Ada yang taste butter tapi aku tak minat butter sangat haha.




Yang ini milo. Aku suggest bubuh serbuk koko la kot.. Sebab aku bubuh milo and bake, dia kene masak lama sikit.. Bila dah kene bake lama sikit, cake yg warna warni tu tak spongy sangat da laa, aku rasa huuu. Spoil la kat situ, kene jaga bawak keluar masuk pan tu dalam oven. Tgk dah masak ke belum haha

Too much colours I suppose? And bukan rainbow sangat la pun. Haha. My sister said she likes the milo part je. lol true much cuz me too x)



And so, it turned out like this. Kira ampun la kan.


Mihmihmih itu aje. Last skali aku tak makan sangat pun. Banyak telur. Dan aku pun kene la jaga makan sikit. Dah kureng exercise! Aku suruh Aisyah bawa pergi sekolah bagi kawan dia :)

(Sesiapa yang nak rasa mari le datang rumah, pun boleh aje masak lagi.. Asal ada orang makan le. Hihi)

YANG INI LAGI LAYAN . flurppppppp ~


Alhamdulillah FOR BOTH ACTUALLY . Tetiba teringat pada Syria dan Afghanistan, saudara kita. Care for Afghanistan? Let's make du'a for them peeps.



Saturday, May 4, 2013

Quick Update

Assalamualaikum wbt.

Last entry I said Insya Allah for the political entry (cewahhh). Tapi sekarang I tak tahu nak cakap apa. Haha

Sebab yelah, benda ni kadang sensitif jugak dekat orang lain. Takyah tengok orang lain, diri sendiri pun sensitif jugak bila apa yang kita percayai dipersoalkan. Gitu!

But I just can say.... this time punya PRU is a bit different. Lebih meriah mungkin berbanding dahulu. (Sebab dulu punya pun aku tak ingat sangat ha ha)

With all the flags competition. Not with manifesto ya. Manifesto aku tengok lebih kurang sama. Wallahu 'alam siapa tiru siapa.

*Aku taktau nak cakap apa sebab baru lepas buka tumblr.. lepas tengok gambar orang Syria kena bunuh D': aku sedih*

Ya Allah, bantulah kami yang dizalimi. Bantulah penduduk Syria Palestine Afghanistan Iraq Burma Thailand Malaysia Indonesia Africa dan seluruh umat Islam di muka bumi Mu ini Ya Rabb :( Allahumma amin...



Kan...... Huhu :( Aku serious sedih. Jomlah doakan mereka.


Friday, May 3, 2013

Midnight Rants

Assalamualaikum wbt.

Hi. Sooooo I baked a cake.. A few days ago. A rainbow cake. And it didn't turn out like I wanted :(((( Takpe takpe. Lain kali I buat lagi ehh.. hihii.

I know why it became an epic fail : it is too oily. And not fluffy at all like a normal cake! Too much oil and butter! And I used olive oil instead of vegetable oil. huhu. Takpe takpe. First trial ayak tepung bagai. So itsokay. My mom tak marah.. hihihihihii. Yang coklat tuu I campur milo. I imagine it would be a total leleh liur kalau menjadi. Haha :)



Note : Olive is a fruit. Use corn oil instead okay :D

--------------------------------------------------------------------------------

Lepas tu apa pula kita nak cakap eh? Sebenarnya banyak sangat nak tulis semenjak kelmarin lagi tau.

Oh oh ! Politik! Hihi.

I really like it if, if they ever make a manifesto : perbaharui pendidikan di Malaysia. Macam dekat Finland ke, atau mana-mana negara yang ahli pakar betul-betul kaji keberkesanan nya.

Ini contoh link pendidikan di Finland. Pendidikan di Finland :D

Maklumlah, I share what I read. And since tumblr, facebook and google are my only source of reading apart from the books soo.... yeah. haha

From my experience, betullah . Cikgu itu contoh terbaik. Bila kita di sekolah, banyak waktu kita habiskan dengan cikgu dan kawan berbanding dengan parents. Tapi bila cikgu pun macam apa................. dot dot dot. You put your own words, dear Malaysian students. Macam mana nak bagi anak murid berakhlak kan?

Macam aku punya experience la dulu...

Ni masa anugerah cemerlang or whatsoever program yang ada YB sampaikan hadiah. Cikgu yang in charge akan bisik kat kitorang, "salam je kalau dia hulur tangan." Walhal kami pelajar tahu YB tu lelaki. Like whatttt?! Buat apa bagi kami belajar Pendidikan Islam kalau cenggitu kan.. And aku pernah lah ada experience tersambut salaman mat salleh masa dorang datang visit. Punya lah marah bagai nak rak sorang cikgu tu sampai jerit satu kelas dengar -.-" Memang salah aku careless, tak pandai menolak dengan bermaruah (ecehh) tapi benda masa penyampaian hadiah tu takde pulak nak bising sana sini? Semenjak peristiwa itu, aku terus mengenakan tudung labuh ke sekolah. Boleh lah salam mana-mana mat saleh berlapikkan kain tudung tersebut. *hanya gurauan*

Pakai apa pun niat kena ikhlas tau Asma'. Lillahi taala.

Dan lagi satu, aku selalu perasan bila pentadbir sekolah aku sampaikan hadiah or apa-apa sijil, mesti dorang hulur tangan pada pelajar lelaki jugak. Take note: pentadbir sekolah aku perempuan. Siap tu ada yang peluk lagi hamek kau. Bukan semua cikgu. (Nnt ada yg marah pulak) Malangnya cikgu cikgu ustaz ustazah takut kot nak tegur para pentadbir ni...

Tak aku bukan tak bersyukur dengan sistem yang ada. Aku bersyukur sangat pada Allah Taala kerana bagi aku lahir di negeri yang berbudaya ketimuran, yang padanya tersemai subur sifat malu, yang namanya negara Islam. Yang harapnya bukan sekadar indah khabar dari rupa.

Ini bukan cemuhan terhadap cikgu aku. Ini kritikan. Aku harapkan sebuah perubahan. Takkan aku nak biar anak lelaki aku kena macam itu pula lepas ni?!

Jadi diharap cikgu-cikgu yang diberi input kepimpinan Islam dan bermoral ketimuran dipelbagaikan. Yelah, takkan nak jadi ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus pulak. Bak kata Cikgu Rizawani aku dulu, "kepimpinan melalui teladan".

Cikgu itu menjadi tauladan untuk pelajar. Dan sebenarnya, pelajar ni... kalau cikgu dia betul baik. Anak murid dia insya Allah akan ikut jejak langkah dia. Sebab semua fitrah manusia ni tak kira agama bangsa dan negara (cewah) berkehendak kan kebaikan.

P/S: Aku dah lama tak karang esei bahasa melayu ni.. Haha :D

Aku tahu, tiada manusia di dunia ni yg sempurna termasuklah guru-guru. But they can try to be one. Trying is not an option. It is a reponsibility for the teachers. Bagi la dorang high income. Kesian tau tengok cikgu aku ni kadang-kadang. Mcm sahabat Nabi dulu.. Khalifah Umar al-Khattab! Dia bagi gaji tinggi dekat jawatan Hakim sebab kerja dia berat kena adil dan saksama, untuk elak salah laku. Begitulah juga dalam konsep ini. Barulah cikgu bersemenggat nak kerja! (We live in a materialistic world I admit)

P/S/S: Aku sebenarnya nak tulis aku rindu cikgu-cikgu aku je.. Tertulis panjang lagi. Mdm Siti Suhaili, Cikgu Rosmizi, Cikgu Mat, Datin Norzah, Ustazah Koriana dan lain-lain. Semoga rahmat Allah bersama kalian! Ikhlaskan mengajar!

P/S/S/S: Aku banyak lagi nak bicara pasal politik, tapi entry seterusnya lah. Insya Allah.