Saya tahu awak cantik sangat. Awak wanita kann. Awak kan hotstuff ^^ sebab tu saya tahu je.. Awak tutup segala perhiasan awak daripada mata ikhwah. Untuk jaga mata mereka.
Tetapi itu semua ibarat tidak berguna, jika awak tak jaga ikhtilat awak dengan mereka melalu chatting whatsapp facebook dan sebagainya. Saya tahu.. Awak friendly sangat. Awak suka melayan. Saya pun suka melayan lelaki kalau lelaki tu dah start melayan saya. Tapi saya tahan. Sebab saya rasa bersalah sangat dengan Allah dan bersalah dengan hati. Sebab tak mampu nak jaga hati ini kalau terlayan kerenah mereka.
Awak, bantulah mereka ikhwah budiman untuk menjaga hati mereka. Dengan tidak melayan. Jangan terlebih lembut dalam bercakap di telefon. Jagalah. Kerana kita ini di duniaa, semua Allah suruh jaga kann ^^
Saya tahu, fitrah wanita sangat memerlukan kasih seorang lelaki selain daripada bapa dan abang.
Tetapi yakinlah dengan janji Allah,
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. And vice versa.
Kita wanita yang baik, pastinya untuk lelaki yang baik.
Yakinlah, andai tiba masa jodoh kita.. Adalah tuu. Bersabarlah. Kerana dalam bersabar itu, terdapat keindahan yang menunggu kelak. Insya Allah.
Selamat menjaga dan bersabar! Xoxo
No comments:
Post a Comment