Aku walaupun agak suka dengan Runningman dan Big Bang, tapi aku takde lah sanggup nak membiarkan Psy masuk ke negara tercinta nih dengan tarian memalukan tuh. Aku difahamkan ada cerita di sebalik tarian yang dilakukan?
Dan RM 2M kau belanjakan untuk jemput dia? Kau taktau ke ramai lagi rakyat miskin dekat Malaysia nih?! Pfttttt. Tengok aje kat KL, masih lagi ada pengemis.
Ini sudah memalukan. Aku malu dengan parents aku. Pasal aku pun dulu ada lah minat sikit sikit Kpop and dorang mesti cam nanti.. =.='
Dan aku juga malu dengan rakyat yang lain. Yang mengamalkan Islam sepenuhnya, terpaksa menghadapi kesan perbuatan pemimpin sendiri.
Macam mana kalau 1 Malaysia kena bala dari Allah akibat perbuatan tersebut? Layakkah kita untuk dapat sekurang-kurangnya redha dan rahmat Dia?
Apa yang kita dah buat?! Ada kita pergi join orang Syria memperjuangkan akidah mereka?! Ada kita bantu saudara di Palestin?! Apa?!! Akidah di Malaysia sendiri pun macam hidup segan mati tak mahu?! Like whattt?!
Bangkitlah. Tolonglah. Serious taknak . Cukuplah mereka pernah datang dulu menayangkan segala mahkota yang ada kat badan di Putrajaya. Dulu mungkin kesilapan. Sekarang bukan lagi kesilapan tapi kecelakaan.
Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah, Kau lindungilah kami seluruh rakyat Malaysia dari perbuatan dan fitnah tersebut. Ya Allah, semoga Kau buka mata hati dan pintu hidayah buat mereka yang masih belum faham. Ya Allah, semoga Kau tetapkan Kami sentiasa istiqamah dengan perjuangan ini. Perjuangan melawan nafsu dan pemimpin yang jahil. Semoga mereka yang terlibat insaf dan perbuatan tersebut Kau halang dengan KekuasaanMu. Perkenankanlah doa hamba yang hina dina ini, ya Allah.
Aminn~
P/s : no offense :) Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment