Tuesday, January 27, 2015

Dumyat dan Raas el Bahr.

Bismillahirrahmanirrahim

Hari sebelum paper terakhir midterm;

F: Asma', nak gi tak dumyat ngan batch akak aku hari jumaat ni?

A: ..... Nak jee. Tapi muat ke camne tremco ape sume. Tak ganggu batch akak kau ke?

F: Tak laa. Mmmg dorg nak cari org utk muatkan tremco dorg. Kita satu umah pergi nakk

A: haa nakk je :D

-------------------

Tettettettett

Entah macam mana kitorg bole jadi satu tremco utk geng geng kita je. Sbb campur satu umah lain lagi. 

Macam-macan dugaan nak pergi. Mlm sebelum nak pergi tu ada sleepover kat umah beyt garunk (lol nama hot je) 

So igt nak cancel la apa sume. Masak pulak kitorg buat karipap ngan nasi lemak. Bygkan mknn cerewet tu yg kitorg buat dlm masa yg singkat tuu. Lagi la rasa nak cancel. 

Alhamdulillah umah kitorg dah settle karipap malam tuu. Umah lagi satu je mcm nak taknak buat nasi lemak. Tp akhirnya dorg buat jugakk. 

Actually, kitorg gerak patutnya 7.30. Ada la satu umah tuu terrrbangun lmbt. Sambal sume dah masakk. Tinggal nak masak nasi jeee. Masak nasi kol 7. Nak pergi 7.30 =.=' 

Hot menggelegak jugak la kan hati ini tapi takpe sabarr. 

'Takpelah, mungkin diorang pun ada masalah lain. Kita cuba faham. Husnuzhon.' - ukhti N
   
Ayat dia lebih kurang mcm tuu tp dgn nada yg keikhlasan dia tembus hingga ke hatiku. Aku pun menjadi bisu dan tersenyum sedikit daripada riak gelegak menahan sabar td. 

Sooo..................

Kitorg actually gi Dumyat dan Raas el Bahr. 




Dumyat (gambar atas) ni tempat kutip kerangg. Best sgt alhamdulillah! Alhamdulillah ala kulli hal. Alhamdulillah. 


Raas el Bahr pula ialah tempat pelancongan yg menempatkan pertemuan antara air masin dan air tawar. Ramai sgt orang and I met my brother also here. Dia ada program lain ngan batch dia. Soo yeah itu sajalah gambar nyaa, gambar nasi lemak dan karipap dan kerang dah bwk masuk laptop. 

Okay dear, till our next destination. 

No comments:

Post a Comment